http://www.meebo.com/rooms

Photobucket

ABOUT THIS BLOG

BLOG INI DIWUJUDKAN ATAS DASAR KEBERSAMAAN DAN KECINTAAN KEPADA SCENE D.I.Y..AYUH BERIKAN PARTISIPASI ANDA..

(THIS BLOG IS NOT ONLY FOR ME..COME AND GIVE YOUR PARTICIPATION.GO D.I.Y SCENE)

HANTARKAN APA JUGA DI ungu_utarid@yahoo.com

P/S:HARUS DI INGATKAN,BLOG INI TIDAK BERKERJASAMA DENGAN APA JUGA YANG BERSIFAT RASCIST DAN FASCIST

Tuesday, January 8, 2008

BELA NASIB PEKERJA

Sementara negara ditenggelamkan dengan isu-isu perkauman , isu-isu asas seperti hak kaum pekerja dan cabaran kehidupan harian rakyat biasa telah ditolak tepi. Dalam keadaan ini, hari ini Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT telah membangunkan senator-senator di Parlimen dengan memberi bantahan terhadap Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan dan Kesatuan Sekerja yang mencabul hak lebih 10 juta pekerja Malaysia.

Lebih kurang pukul 11pagi, satu delegasi wakil Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT telah ke Parlimen untuk mengingatkan Senator-Senator yang bersidang dalam Dewan Negara hari ini supaya jangan menyokong pindaan akta yang akan membawa padah kepada pekerja. Pindaan dalam kedua-dua akta iaitu Akta Perhubungan Perusahaan dan Kesatuan Sekerja ini telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 dan 29 Ogos 2007. Sekarang ia telah dihantar ke Dewan Negara untuk kelulusan.

GPKK, JERIT menuntut supaya semua senator membantah pindaan dalam kedua-dua rang undang-undang ini. Tetapi apabila para delegasi sampai di depan Parlimen, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam. Pengawal Parlimen pula menyuruh para delegasi untuk menunggu di pondok pengawal dan menelefon orang-orang besar di Parlimen. Selepas beberapa ketika, pengawal peribadi seorang Senator datang untuk mengambil memorandum yang hendak diserahkan kepada semua senator. Para delegasi enggan menyerahkan kepadanya dan menuntut untuk berjumpa dengan mana-mana pegawai di peringkat atasan yang dapat menyampaikan tuntutan kami dengan jelas kepada para senator..

Setelah desakan demi desakan diberi, akhirnnya Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara turun ke pintu hadapan Parlimen untuk menerima memorandum dan berjanji akan memberi salinan-salinan memorundum kepada semua Senator.

Memorandum sudah disampaikan. GPKK telah membuat usaha terakhir untuk menuntut agar pindaan ini diberhentikan. Sekiranya pindaan ini diteruskan , maka 10 juta pekerja akan mengalami akibat buruk. Sudah tiba masa pekerja bangkit dan sedar bahawa parlimen tidak memihak kepada rakyat. Perlulah pekerja turun ke jalanraya menuntut hak mereka.

No comments:

oh chentaku t"shirt

oh chentaku t"shirt