http://www.meebo.com/rooms

Photobucket

ABOUT THIS BLOG

BLOG INI DIWUJUDKAN ATAS DASAR KEBERSAMAAN DAN KECINTAAN KEPADA SCENE D.I.Y..AYUH BERIKAN PARTISIPASI ANDA..

(THIS BLOG IS NOT ONLY FOR ME..COME AND GIVE YOUR PARTICIPATION.GO D.I.Y SCENE)

HANTARKAN APA JUGA DI ungu_utarid@yahoo.com

P/S:HARUS DI INGATKAN,BLOG INI TIDAK BERKERJASAMA DENGAN APA JUGA YANG BERSIFAT RASCIST DAN FASCIST

Sunday, January 20, 2008

UPM MENINDAS PELAJAR

UPM MENINDAS PELAJAR..


UPM MENINDAS PELAJAR SENDIRI! BATALKAN HUKUMAN GANTUNG SATU SEMESTAR LEE SONG YONG !

Gabungan Anak Muda dan Pelajar (GAMP) membantah sekuat-kuatnya tindakan pihak pentadbir universiti yang mengemukakan hukuman gantung satu-semester yang tidak munasabah terhadap Lee Song Yong.

Lee Song Yong, seorang pelajar tahun kedua Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Komputer, telah digantung satu semester atas keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Khamis 22 November 2007 setelah beliau didapati bersalah di atas tuduhan tidak memberi kerjasama, mempertikaikan tugas Pengawai Keselamatan dan menghalang Pengawai Keselamatan tersebut daripada menjalankan kerja, kewajipan dan fungsinya.

Kejadian berlaku pada 22 Ogos 2007, dimana Lee ditahan di pondok pengawal enggan memberi begnya diperiksa kerana tidak dapat penjelasan daripada pegawai keselamatan. Pegawai Unit Tugas Khas yang datang kemudian serta tidak beruniform telah merampas Kad Matrik dan buku nota Lee dengan kasar dan tanpa persetujuan Lee. Lee telah membuat laporan polis pada hari yang sama dan aduan terhadap pegawai keselamatan juga dibuat di Bahagian Keselamatan tiga hari kemudian.

Pihak pentadbir Universiti tidak mengambil tindakan terhadap pegawai keselamatan yang salahguna kuasa dan tidak hormat kepada hak dan privasi (privacy) mahasiswa malahan menuduhkan Lee tidak berkerjasama dan mempertikaikan pegawai keselamatan dua bulan selepas kejadian berlaku.

Hal ini telah menunjukkan bahawa pihak pentadbir universiti menyebelahi pegawai keselamatan tersebut. Hukuman gantung jelas menunjukkan mereka ingin mewujudkan perasaan ketakutan, risau di kalangan pelajar dan hendak pelajar tunduk kepada kuasa pihak pegawai keselamaan yang tiada batasan.

Walaupun Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sudah membuat permintaan supaya prosiding ke atas Lee digantung sementara Suhakam menjalankan penyiasatan terhadap dakwaan berlaku perlanggaran hak asasi manusia oleh pihak UPM. Pihak pentadbir Universiti masih mahu meneruskan prosiding dengan tergesa-gesa dan jatuhkan hukuman pergantungan atas Lee.

Prosedur perbicaraan ini juga jelas menampakkan perlanggaran hak asasi ke atas pelajar terbabit. Bukan sahaja Lee diserahkan notis yang singkat menjelang perbicaraannya hingga menyukarkan beliau membuat persiapan, bahkan Lee turut dinafikan hak untuk diwakili oleh peguam pilihannya yang mana ini adalah satu perlanggaran terhadap right to counsel yang diperuntukkan oleh Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan.

GAMP menyeru pihak pentadbir UPM membatalkan hukuman yang tidak sah terhadap Lee, mengemukakan prosedur pemeriksaan pegawai keselamatan, dan mengambil tindakan ke atas pegawai-pegawai keselamatan yang menyalahgunakan kuasa.

GAMP juga berpendapat bahawa, fenomena sedemikian disebabkan oleh penyerahan kuasa yang terlalu besar kepada pihak pentadbir universiti oleh AUKU, ia menyebabkan kes penyalahgunaan kuasa pegawai keselamatan universiti sering berlaku, dan menyebabkan ruang demokrasi universiti semakin merosot serta hak mahasiswa tidak dijamin. Kualiti universiti semakin merosot disebabkan mahasiswa disekat perkembangan mental yang kritikal dan kreatif.

Ini jelas ditunjukkan oleh kedudukan UPM dalam 200 Universiti Terbaik di Dunia yang dikeluarkan Times Higher Education Supplement (THES) dua minggu yang lalu. Universiti Putra Malaysia (UPM) yang tidak pernah masuk kedudukan 200 yang tertinggi, malah jatuh 72 tempat, dari Ke-292 tahun 2006 sampai Ke-364 tahun ini.

Maka GAMP menyeru pihak Kementeruan Pendidikan Tinggi untuk mansuhkan AUKU dengan segera, agar demokrasi kampus dan kebebasan akademik dapat dijamin, dan ini merupakan langkah yang terpenting untuk menyelamatkan kualiti Universiti yang semakin hari semakin merosot.

TENT CITY PROTEST - Summer 2008

Students and activist are starting to make plans for a summer of Tent City Protest to stop the U.S. attack on Iran, to end the wars in Iraq and Afghanistan while showing that we can create world free from domination, coercion and violence. Thousands of people are making plans to set up a tent city outside the White House and Capital Buildings in Washington D.C, as soon as final exams are over this May. Food Not Bombs has been asked to provide food and logistics. Activists are also planning to organize Tent City Protests outside military installations, federal buildings and U.S. embassies. All peace and social action groups are invited to join in the tent city protest.

There is a vigorous debate about what strategy might work to end the crisis caused by the war on terrorism. Rallies, marches and petitions haven't done enough to stop torture, secret prisons, the use of Cluster Bombs against civilians, wire tapping and data collection, laws such as the Military Commissions Act and the Violent Radicalization and Homegrown Terrorism Prevention Act of 2007. At the same time actions to protect the environment healthcare, education and housing haven't been successful. One strategy that has proven effective had bringing positive social change has been the tent city protest.
Food Not Bombs volunteers have participated in a number of successful tent city actions. In 1989 San Francisco Food Not Bombs provided meals 24 hours a day at a 27 day tent city protest for the rights of the homeless. The city government opened a shelter, a hotel and reduced the use of police to attempt to drive homeless people out of sight. Food Not Bombs volunteers provided meals to protesters at the tent city protest outside the Ukrainian Parliament during the Orange Revolution. The tent city caused the Prime Minister to step down. Food Not Bombs shared meals with activists at 300 day tent city action at a protest to support farmers at Bosnia and Herzegovina Square in Sarajevo. For thirty days Food Not Bombs volunteers organized the kitchen, collected food and cooked meals for the protesters a Cindy Sheehan's Camp Casey outside Bush's Ranch in Crawford, Texas. Many local Food Not Bombs chapters are talking with other activists to start planning this summer's tent city. We can start living in the world we know is possible by living together in peaceful, democratically organized tent city communities. To report on your plans please sign up for our global action list serv < at fnb-network@lists.riseup.net >
At no time have we faced such an urgent crisis. Bush is talking of a World War against Iran using nuclear weapons, the global economy is failing for most, climate change continues to grow and the U.S. empire is using every measure possible to protect its power. Please visit these site to learn more about why we need to participate in the tent city protest. Join us in participating in the creation of the cooperative future we know is possible.

Tuesday, January 8, 2008

BELA NASIB PEKERJA

Sementara negara ditenggelamkan dengan isu-isu perkauman , isu-isu asas seperti hak kaum pekerja dan cabaran kehidupan harian rakyat biasa telah ditolak tepi. Dalam keadaan ini, hari ini Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT telah membangunkan senator-senator di Parlimen dengan memberi bantahan terhadap Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan dan Kesatuan Sekerja yang mencabul hak lebih 10 juta pekerja Malaysia.
Sementara negara ditenggelamkan dengan isu-isu perkauman , isu-isu asas seperti hak kaum pekerja dan cabaran kehidupan harian rakyat biasa telah ditolak tepi. Dalam keadaan ini, hari ini Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT telah membangunkan senator-senator di Parlimen dengan memberi bantahan terhadap Pindaan Akta Perhubungan Perusahaan dan Kesatuan Sekerja yang mencabul hak lebih 10 juta pekerja Malaysia.

Lebih kurang pukul 11pagi, satu delegasi wakil Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT telah ke Parlimen untuk mengingatkan Senator-Senator yang bersidang dalam Dewan Negara hari ini supaya jangan menyokong pindaan akta yang akan membawa padah kepada pekerja. Pindaan dalam kedua-dua akta iaitu Akta Perhubungan Perusahaan dan Kesatuan Sekerja ini telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 dan 29 Ogos 2007. Sekarang ia telah dihantar ke Dewan Negara untuk kelulusan.

GPKK, JERIT menuntut supaya semua senator membantah pindaan dalam kedua-dua rang undang-undang ini. Tetapi apabila para delegasi sampai di depan Parlimen, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam. Pengawal Parlimen pula menyuruh para delegasi untuk menunggu di pondok pengawal dan menelefon orang-orang besar di Parlimen. Selepas beberapa ketika, pengawal peribadi seorang Senator datang untuk mengambil memorandum yang hendak diserahkan kepada semua senator. Para delegasi enggan menyerahkan kepadanya dan menuntut untuk berjumpa dengan mana-mana pegawai di peringkat atasan yang dapat menyampaikan tuntutan kami dengan jelas kepada para senator..

Setelah desakan demi desakan diberi, akhirnnya Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara turun ke pintu hadapan Parlimen untuk menerima memorandum dan berjanji akan memberi salinan-salinan memorundum kepada semua Senator.

Memorandum sudah disampaikan. GPKK telah membuat usaha terakhir untuk menuntut agar pindaan ini diberhentikan. Sekiranya pindaan ini diteruskan , maka 10 juta pekerja akan mengalami akibat buruk. Sudah tiba masa pekerja bangkit dan sedar bahawa parlimen tidak memihak kepada rakyat. Perlulah pekerja turun ke jalanraya menuntut hak mereka.

Lebih kurang pukul 11pagi, satu delegasi wakil Gabungan Pekerja Kilang dan Kesatuan, JERIT telah ke Parlimen untuk mengingatkan Senator-Senator yang bersidang dalam Dewan Negara hari ini supaya jangan menyokong pindaan akta yang akan membawa padah kepada pekerja. Pindaan dalam kedua-dua akta iaitu Akta Perhubungan Perusahaan dan Kesatuan Sekerja ini telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 dan 29 Ogos 2007. Sekarang ia telah dihantar ke Dewan Negara untuk kelulusan.

GPKK, JERIT menuntut supaya semua senator membantah pindaan dalam kedua-dua rang undang-undang ini. Tetapi apabila para delegasi sampai di depan Parlimen, mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam. Pengawal Parlimen pula menyuruh para delegasi untuk menunggu di pondok pengawal dan menelefon orang-orang besar di Parlimen. Selepas beberapa ketika, pengawal peribadi seorang Senator datang untuk mengambil memorandum yang hendak diserahkan kepada semua senator. Para delegasi enggan menyerahkan kepadanya dan menuntut untuk berjumpa dengan mana-mana pegawai di peringkat atasan yang dapat menyampaikan tuntutan kami dengan jelas kepada para senator..

Setelah desakan demi desakan diberi, akhirnnya Datuk Zamani Sulaiman, Setiausaha Dewan Negara turun ke pintu hadapan Parlimen untuk menerima memorandum dan berjanji akan memberi salinan-salinan memorundum kepada semua Senator.

Memorandum sudah disampaikan. GPKK telah membuat usaha terakhir untuk menuntut agar pindaan ini diberhentikan. Sekiranya pindaan ini diteruskan , maka 10 juta pekerja akan mengalami akibat buruk. Sudah tiba masa pekerja bangkit dan sedar bahawa parlimen tidak memihak kepada rakyat. Perlulah pekerja turun ke jalanraya menuntut hak mereka.

RAKYAT TURUN LAGI! INTIMIDASI KERAJAAN TIDAK BERJAYA

"Kerajaan kata demonstrasi bukan budaya Negara kita. Polis kata perhimpunan aman adalah haram dan lancarkan OPS PADAM 2 untuk mematahkan kebangkitan rakyat. Akhbar arus perdana pula membuat 'survey' yang menunjukkan kononnya rakyat Malaysia tidak menyokong hak berhimpun."

Ini adalah keadaan di Negara kita sejak 10 November lalu apabila rakyat Malaysia turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Propaganda negatif pihak Kerajaan dan penangkapan dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat. Pemimpin dan penyokong BERSIH dan HINDRAF dimangsakan.

Dalam situasi ini, lebih 400 orang yang mewakili dari 51 kumpulan masyarakat, organisasi bukan kerajaan (NGO), anak muda dan pelajar, parti-parti politik telah berhimpun di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) mempertahankan hak berhimpun rakyat.


Perhimpunan yang diinisiatifkan oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) mendapat sokongan pelbagai pihak yang percaya bahawa hak berhimpun adalah hak asasi rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 10. Di atas landasan ini satu Gabungan Mempertahankan Hak Berhimpun telah ditubuhkan demi menuntut hak rakyat yang kian dicabul oleh pihak berkuasa.


Perhimpunan yang bermula pukul 11 pagi, dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh S.Arutchelvan Setiusaha Agung PSM. Program yang diacarakan oleh Sdr.Sivan dan Sdr.Badrul diteruskan dengan ucapan-ucapan dari wakil kumpulan masyarakat. Masyarakat ladang diwakili oleh Sdr Sugu, Peneroka Bandar oleh Sdr.Noralizan, Anak Muda dan Pelajar oleh Sdr. Simon Ooi. Kemudian wakil dari parti politik Dr.Nasir dari PSM, Pak Sabu dari PAS, Sdr Sivarasa dari PKR, Sdr Ronnie Liu dari DAP telah menyampaikan pandangan masing-masing mengenai hak berhimpun.


Tidak ketinggalkan Sdr Amer Hamzah dari Majlis Guaman Negara dan Sdr Malik Hussein dari MAFREL telah berucap. Ke semua mereka telah menekankan hak berhimpun adalah hak asasi dan hak demokrasi setiap rakyat dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan Mereka telah mengecam niat jahat kerajaan dengan menggunakan intimidasi, ugutan dan penggunaan undang-undang zalim seperti Akta polis 27 dan salahguna Perintah Mahkamah Majistreat dan iklan-iklan di media massa yang mencabul hak rakyat Malaysia yang berhimpun secara aman.


Penyerahan Memorandum dimeriahkan lagi dengan sebuah persembahan oleh kumpulan anak muda, Food Not Boms (FNB) yang bertemakan kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun secara aman. Sejurus selepas persembahan Sdr. Arutchelvan telah membacakan tuntutan-tuntuan Gabungan Mempertahankan Hak Berhimpun Rakyat iaitu:

- Hak Berhimpun di bawah Perkara 10 – Perlembagaan Negara

- Menyokong pendirian SUHAKAM dalam mempertahankan hak berhimpun dan pemansuhan Seksyen 27 Akta Polis

- Membantah segala tindakan pihak Kerajaan dan Mana-mana Kumpulan lain yang berniat untuk mencabul hak berhimpun rakyat secara aman

Gabungan ini menyeru SUHAKAM untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap penyalahgunaan kuasa ini. Pesuruhjaya SUHAKAM Dato Denison bersama Dato Sivasubramaniam dan Tan Sri Asiah Abu Samah telah menerima memorandum dari Gabungan Pertahankan Hak Berhimpun.


Perhimpunan yang penuh bersemangat dan aman ini berakhir tanpa sebarang masalah. Walaupun kebelakangan ini banyak penangkapan dan ugutan ISA dibuat oleh kerajaan atas nama perhimpunan haram, namun perhimpunan ni berjaya memecahkan tembelang dan sekaligus memberikan mesej kepada kerajaan bahawa rakyat pasti akan turun ke jalan untuk menuntut hak mereka walau apapun halanganya.

Hidup Rakyat Hidup Perjuangan Rakyat !

oh chentaku t"shirt

oh chentaku t"shirt